Skip to main content

Hong Island Tour Krabi ( Krabi Tour Package )

  

Adakah Pulau Hong layak untuk dilawati?


Hong island adalah salah satu pulau yang paling cantik untuk dilawati di Krabi. Hong island juga dikenali sebagai Koh Hong atau Pulau Hong. Dengan tebing-tebing karst yang menakjubkan, pasir putih yang lembut, air yang jernih bening, pemandangan 360 darjah, dan kolam zamrud, Hong island adalah salah satu destinasi yang wajib anda dikunjungi apabila diberi peluang island hopping di Krabi.



View Hong Island


Cara-cara untuk anda pergi ke Hong Island


Jom saya tunjukkan kepada anda bagaimana untuk mengunjungi Hong Island Krabi termasuk apa yang perlu dilihat dan dilakukan, tips untuk sampai ke sana, yuran masuk, dan banyak lagi.


Untuk pengetahuan anda Hong island mempunyai beberapa buah pulau untuk tour semasa melakukan island hopping seperti:

  • LaoLading Island (checkpoint pertama)

  • Pakbia island (checkpoint kedua)

  • Snorkeling (checkpoint ketiga)

  • Hong Lagoon (tebing yang menjulang tinggi)

  • Hong island (checkpoint terakhir)


Abang Travel menyediakan beberapa pilihan pengangkutan yang anda boleh pilih untuk ke Hong island: 

Long Tail Boat 

Long tail boat adalah salah satu pengangkutan untuk sampai ke Hong island. Harga pakej Abang Travel sudah termasuk untuk tour hong island. Bot yang disediakan adalah long tail boat dengan harga yang bersesuaian dan berpatutan. Saiz bot akan diberi mengikut bilangan pax semasa tempahan. Anda juga boleh untuk request untuk menyewa private boat hanya untuk kumpulan anda sahaja. Perjalanan boat mengambil masa kira-kira 20-30 minit dan menawarkan pemandangan yang cantik dari Laut Andaman.


Speedboat

Speedboat adalah cara pengangkutan lebih cepat dan agak mahal berbanding dengan long tail boat, tetapi ia menyediakan cara yang lebih pantas untuk sampai ke Hong island. Jika anda ingin merasai pengalaman untuk menaiki speedboat, anda boleh request semasa membuat tempahan dengan agent. 


Exploring Krabi Hong Island Tour 

Berkumpul di Jetty Ikan Todak

Mengambil pakej tour bersama Abang Travel ke Hong island adalah cara yang paling berkesan dari segi kos untuk ke sana kerana perkhidmatan penghantaran dari hotel, makan tengahari, alat menyelam, dan lawatan ke Lading island dan Pak Bia island juga termasuk dalam harga. 

Pada jam 7.30 pagi, anda boleh sarapan pagi di sekitar hotel, dan kemudian akan berkumpul di jeti ikan todak pada jam 8:30 pagi. Jika anda ingin membeli makanan ringan, anda boleh singgah di 7E semasa perjalanan ke jeti. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada ikan semasa menjalankan aktiviti tour. 

Perjalanan anda untuk sampai ke checkpoint pertama iaitu LaoLading Island mengambil masa 30-40 minit. 

LaoLading Island 

Ia adalah pantai utama yang sangat kecil. Disini tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan kerana island yang agak kecik. Tetapi anda boleh berkelah disini sambil menikmati keindahan alam.Disini terdapat kemudahan tandas tempatan yang dibina khusus untuk keselesaan para pelancong.


Pakbia Island 

Next, anda akan ke checkpoint kedua iaitu Pakbia island. Ia juga merupakan sebuah island kecil yang fantastik yang menawarkan pelbagai lokasi untuk mengambil gambar-gambar menakjubkan island di Krabi. Anda akan merasakan memerlukan lebih banyak masa di sini walaupun ia merupakan sebuah pulau yang kecil kerana keindahan yang sangat cantik dan tenang .

National park Hong island

Untuk pengetahuan anda di Krabi anda wajib membayar national park (cukai pulau) yang dikenakan kepada setiap individu yang menjalankan aktiviti melawat pulau. Bayaran yang dikenakan kepada setiap foreigner adalah seperti dalam gambar di atas iaitu dewasa 300 baht/seorang dan kanak-kanak 100 baht.seorang. Jika anda mengambil pakej bersama Abang Travel bayaran national park boleh request dimasukkan sekali dalam pakej semasa tempahan untuk memudahkan trip anda.

Aktiviti snorkeling

Checkpoint ketiga adalah aktiviti snorkeling. Semasa aktiviti tersebut anda berpeluang untuk memberi makan kepada ikan. Dalam pakej yang disediakan oleh kami peralatan disediakan seperti set google dan life jacket.

Hong Island

Checkpoint terakhir anda adalah hong island. Di mana anda akan merasai pengalaman hiking anak tangga sebanyak 800. 

Di sini, anda akan meluangkan masa selama 2 jam untuk mengeksplorasi kawasan ini. Jika anda berminat untuk menikmati pemandangan dari ketinggian, anda perlu melakukan pendakian selama 1 jam untuk mencapai puncak.

Sepanjang perjalanan hiking anda, pemandangan sekeliling adalah sangat indah. Di pertengahan jalan, anda juga akan dikelilingi dengan pemandangan yang menakjubkan. Saya yakin anda dapat membayangkan betapa indahnya pemandangan apabila tiba di kemuncak.

Inilah pemandangan dari puncak setelah lebih dari sejam pendakian. Ia amat berbaloi selepas menghadapi pelbagai cabaran semasa perjalanan. Pengalaman ini adalah satu yang harus dirasai sekali seumur hidup. Dengan harga pakej yang berpatutan, mendapat peluang melihat keindahan ini pastinya akan memberikan kepuasan yang sangat besar.

Pemandangan dari ketinggian atas ini amat cantik untuk anda mengambil foto bersama orang tersayang. 

Hong Lagoon

Hong Lagoon adalah tempat yang wajib anda lalu bila mengambil pakej bersama abang travel. Tempat ini adalah tempat viral apabila anda pergi ke hong island. 


Sebuah gua yang hanya boleh dimasuki apabila air laut mencapai paras tertentu. Inilah yang menjadi inspirasi bagi nama pulau ini, kerana "Hong" dalam bahasa Thai bermaksud 'bilik' atau 'gua'. Bot kecil sahaja yang boleh masuk ke dalam lagun tersembunyi ini melalui celah sempit di tebing batu karang.

Tempat ini adalah lokasi yang sempurna untuk bergambar dan merupakan satu pengalaman yang wajib anda abadikan sekali seumur hidup. Anda pasti akan terpukau dengan laluan ini yang dikelilingi oleh batu-batu di kedua-dua belah.

Best time to visit Hong island 

Masa terbaik untuk melawat Pulau Hong adalah dari November hingga Mac kerana anda akan menikmati cuaca yang hampir sempurna. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa terdapat lebih ramai pelancong pada masa ini.


Jika anda tidak kisah dengan hujan sesekali (nasib baik, hujan tersebut tidak berpanjangan), anda boleh melawat pada bulan-bulan bahu seperti April/Mei atau September/Oktober.


Teringin untuk pergi ke Hong Island Krabi?


Nak pakej Hotel + Transport + Island Hopping Krabi. Tekan link di bawah :



 


Comments

Popular posts from this blog

TRIP JALAN-JALAN CARI MAKAN PENANG FROM KL

  JOM JALAN - JALAN CARI MAKAN DI PENANG DARI KL !!!! PAKEJ BAJET DAN JIMAT BERBALOI TERMASUK PENGINAPAN SATU MALAM DI PENANG TRIP JJCM PENANG   👍🏻👌🏻🇲🇾Penang Trip From KL    Pakej Dewasa : RM219/org Pakej Kanak Kanak : RM169/org  ( Tanpa Katil) (6 Tahun kebawah shj)  Bayi : RM50 Deposit : RM 100   *SINGLE STAY ADD ON RM60   Pakej Termasuk ✅pengangkutan Bas drp KL  ✅City Tour di Penang  ✅penginapan 1 malam   Tidak Termasuk ❌makan minum ❌tiket lawatan  ❌insuran perjalanan ❌perbelanjaan sendiri   🍧TENTATIF LAWATAN🍭   🍬10.00 mlm - Berkumpul di KL sentral ( Parking Lot F, KL sentral ) (direction akan diberikan dlm group whatsapp, isnin minggu trip )    🍬10.30 mlm - Bas Bergerak ke Penang   🍟👉🏻Hari Pertama    5.00 pagi - Sampai di Masjid Negeri Pulau Pinang utk bersihkan diri dan Solat Subuh 😇   7.00 pagi - Bertolak ke Astaka Taman Tun Saardon utk sarapan pagi   8.00 pagi - b...

Krabi Tour To Phi Phi Island

  Phi Phi Island adalah salah satu pulau yang paling terkenal di Pantai Andaman Thailand. Phi Phi island terdiri daripada 6 pulau dengan Maya Bay yang terkenal kerana filem "The Beach". Selama bertahun-tahun, ia telah menjadi destinasi impian para pelancong dari seluruh dunia. Jika anda mengambil pakej Phi Phi Island bersama Abang Travel anda dapat menikmati keindahan lautan Phi Phi Island  salah satu destinasi yang paling popular di Krabi. Jom kita terokai Phi Phi Island. Maya Bay  Maya Bay   Anda boleh menikmati beberapa pantai di sini. Seluruh teluk ini adalah satu terumbu besar dan pemandangan di bawah air menampilkan terumbu karang berwarna-warni dan ikan eksotik dalam air yang sangat jernih.  Aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan di Maya Bay ialah Snorkeling dan menyelam. Banyak syarikat pelancongan membawa pelancong ke sini untuk snorkeling dari Phuket dan Krabi. Selain itu, anda juga boleh menikmati aktiviti berkayak di sini.  Kemudahan di M...

SEWA VAN THAILAND BORDER RANTAU PANJANG

         PAKEJ SEWA VAN THAILAND KE HATYAI DAN KRABI                     DARI BORDER RANTAU PANJANG Harga Sewa Van Ke Hatyai Dari Border Rantau Panjang 3 Hari - RM1740 4 Hari - RM2256 Harga sewaan Termasuk : ✅  White Card (akan dipos awal bersama simkad) ✅  Petrol & Tour  ✅  Driver Boleh Cakap Melayu ✅  Penginapan Driver & Makan Minum Driver Tidak Termasuk : ✅ Insurance Thai RM10/Orang ( Wajib ) Syarat : Harga Tertakluk Pada Itineri Untuk Pihak Kami Review Harga Sewa Van ke Krabi dari Border Rantau Panjang 3 Hari 2 malam- RM 2364 4 Hari 3 malam- RM 2742 Harga sewaan Termasuk : ✅ White Card (akan dipos awal bersama simkad) ✅ Petrol & Tour  ✅ Driver Boleh Cakap Melayu ✅ Penginapan Driver & Makan Minum Driver Tidak Termasuk : ✅ Insurance Thai RM10/Orang ( Wajib ) Syarat : Harga Tertakluk Pada Itineri Untuk Pihak Kami Review