Thursday, January 4, 2024

Fenomena "Awan Karpet" di Skywalk Ayerweng , Betong

 



" Betong Mongkollit Tunnel " adalah salah satu terowong terbesar dan terpanjang untuk masuk ke Bandar Betong sepanjang 268 meter . Apabila anda berkunjung ke Betong, wajib bergambar disini sebagai kenangan. 

Untuk tengok awan karpet di Skywalk Ayerweng Betong, Kami bangun seawal 4 pagi untuk bergerak ke skywalk. Perjalanan yang bengkang bengkok serta berkabus menyebabkan perjalanan mengambil masa 1 jam juga untuk sampai ke sana. 



      Sebelum bergerak ke Skywalk Betong, kami singgah bergambar di OK Betong dahulu. 


Untuk naik keatas skywalk, anda perlu naik tuktuk  @ kereta pickup ni untuk keatas. Parking kenderaan anda dibawah sahaja dan naik kereta ni dengan harga 20 baht/pax sewaktu naik, dan turun 30baht/pax, total 50 baht turun dan naik. 

Selepas sampai diatas bukit sana, kami terus tengok pemandangan awan karpet yang teramat cantik.
Memang nampak awan tu berketul ketul sebijik, kalau lagi awal sebelum matahari naik, memang lagi cantik.


Seterusnya, kami beratur untuk beli tiket Skywalk Ayerweng Betong. 



Sewaktu kami pergi ni, ramai juga pelancong beratur untuk naik ke Skywalk Ayerweng Betong.



Alas Kasut yang warna pink tu wajib beli dengan harga 20 baht setiap pasang dan tiket
untuk naik keatas dengan harga 200 baht/pax.


Beratur dahulu sebelum naik lift keatas skywalk.


Pemandangan dari atas lagi lawa, memang tersangat cantik diatas sini. Dari sini lagi jelas penampakan awan karpet tu. 


Tempat OOTD yang lawa di hujung tu. 



Pemandangan bangunan Skywalk Ayerweng Betong.


Setelah selesai semua, akan lalu disini untuk turun , pulang. 


Itu sahaja cerita kali ini, nantikan next blog saya di Thailand..

Nak Abang Travel rancang percutian anda, tekan link di bawah :..
























4 Cara Ke Hatyai From KL

  Selalu pening setiap tahun atau setiap kali cuti sekolah, nak bercuti ke mana? tapi bajet rendah dan tidak terlalu overspend. Teringin nak...