Skip to main content

Fenomena "Awan Karpet" di Skywalk Ayerweng , Betong

 



" Betong Mongkollit Tunnel " adalah salah satu terowong terbesar dan terpanjang untuk masuk ke Bandar Betong sepanjang 268 meter . Apabila anda berkunjung ke Betong, wajib bergambar disini sebagai kenangan. 

Untuk tengok awan karpet di Skywalk Ayerweng Betong, Kami bangun seawal 4 pagi untuk bergerak ke skywalk. Perjalanan yang bengkang bengkok serta berkabus menyebabkan perjalanan mengambil masa 1 jam juga untuk sampai ke sana. 



      Sebelum bergerak ke Skywalk Betong, kami singgah bergambar di OK Betong dahulu. 


Untuk naik keatas skywalk, anda perlu naik tuktuk  @ kereta pickup ni untuk keatas. Parking kenderaan anda dibawah sahaja dan naik kereta ni dengan harga 20 baht/pax sewaktu naik, dan turun 30baht/pax, total 50 baht turun dan naik. 

Selepas sampai diatas bukit sana, kami terus tengok pemandangan awan karpet yang teramat cantik.
Memang nampak awan tu berketul ketul sebijik, kalau lagi awal sebelum matahari naik, memang lagi cantik.


Seterusnya, kami beratur untuk beli tiket Skywalk Ayerweng Betong. 



Sewaktu kami pergi ni, ramai juga pelancong beratur untuk naik ke Skywalk Ayerweng Betong.



Alas Kasut yang warna pink tu wajib beli dengan harga 20 baht setiap pasang dan tiket
untuk naik keatas dengan harga 200 baht/pax.


Beratur dahulu sebelum naik lift keatas skywalk.


Pemandangan dari atas lagi lawa, memang tersangat cantik diatas sini. Dari sini lagi jelas penampakan awan karpet tu. 


Tempat OOTD yang lawa di hujung tu. 



Pemandangan bangunan Skywalk Ayerweng Betong.


Setelah selesai semua, akan lalu disini untuk turun , pulang. 


Itu sahaja cerita kali ini, nantikan next blog saya di Thailand..

Nak Abang Travel rancang percutian anda, tekan link di bawah :..
























Comments

Popular posts from this blog

TIGA TEMPAT MENARIK DI NARATHIWAT YANG WAJIB ANDA PERGI

  Narathiwat Thailand merupakan salah satu wilayah yang terletak di Selatan Thailand berdekatan dengan Yala dan Pattani. Banyak tempat menarik dan tempat healing yang best di Narathiwat ni. Untuk kalini, saya akan kongsikan TIGA tempat yang best di Narathiwat, Thailand yang wajib anda pergi kalau melancong di sana. 1) Summer Thon Cafe , Narathiwat, Thailand Cafe ini terletak dalam 80 km dari border Sungai Golok , Kelantan jika anda masuk dari border ni,  perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam 15 minit. Namun, jika anda masuk melalui border Bukit Kayu Hitam, perjalanan mengambil masa 3-4 jam juga bergantung kepada keadaan traffic.  Apa yang menarik disini adalah, anda minum coffee di tepi pantai sambil layan view kapal terbang melepasi atas kepala anda. Timing lintasan kapal terbang lalu di atas kepala adalah pada pukul 11 pagi  dan 2.30 ptg waktu Thailand. Tempat wajib ambil gambar tanda hadir di Summer Thon Cafe.  View sangat lah lawa dan sesuai untuk ootd di...

PAKEJ HATYAI 3 HARI 2 MALAM DARI KL SENTRAL

   🎉 Pakej Hatyai 3 Hari 2 Malam dari KL Sentral! 🎉 Nak short trip ke Thailand tapi tak nak pening plan? Jom ikut trip kami! 🚌 Bertolak dari KL Sentral naik bas 🤝 Mix trip – join group, jumpa geng baru! 🛏️ Penginapan selesa 🍛 Makan & shopping puas-puas 📸 Singgah spot viral & aktiviti best ✅ Trip mesra Muslim, rileks & jimat! 📅 Tarikh terhad – cepat book seat sebelum penuh! KOD PRODUK : CS/HTY/KUL/01 PAKEJ : HATYAI 3H2M DARI KL SENTRAL (BAS EKONOMI STANDARD) SENARAI HARGA Dewasa : RM369 Kanak-kanak (Berkatil) : RM369 Kanak-kanak (Tidak berkatil) : RM269 Bayi : RM80 Single stay : RM100 KANAK-KANAK : 2-12 TAHUN BAYI : 24 BULAN KE BAWAH DATE TRIP HATYAI FROM KL 2025 BULAN APRIL 30 APRIL - 3 MAY 2025 BULAN MAY 9-12 MAY 2025 16-19 MAY 2025 23-26 MAY 2025 30 MAY-2 JUNE 2025 BULAN JUNE 13-16 JUNE 2025 25-28 JUNE 2025 26-29 JUNE 2025 BULAN JULY 04-07 JULY 2025 11-14 JULY 2025 ———————————————— PAKEJ TERMASUK : ✅ Bas persiaran sepanjang trip ✅ Hotel 3 bintang untuk...

HATYAI 1 DAY TRIP (budget trip ke Hatyai) 9 TEMPAT FAMOUS DI HATYAI

  Nak bercuti ke Hatyai dengan pakej hatyai budget trip?? Hatyai 1 day trip daripada border Bukit Kayu Hitam atau border Padang Besar. Terdapat dua cara untuk ke hat yai one day trip iaitu dengan menaiki kereta sendiri atau menaiki van thailand untuk hat yai tour.   Jika anda nak menaiki van thailand untuk ke hatyai, anda perlu parking kereta di border. Contoh kalau border Bukit Kayu Hitam, anda boleh parking kereta di Duty Free Bukit Kayu Hitam dan jika border Padang Besar, anda boleh parking kereta di Arked Niaga Padang Besar atau tempat parking berbayar berdekatan. Abang Travel ada menyediakan pakej hatyai 1 day trip iaitu hat yai private tour dari border Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar. Pakej ini termasuk tour ke Hatyai dan Songkhla dari 8 Pagi Sehingga 8 Malam. Jika group anda 10 pax , harga setiap orang RM56.90 sahaja dan wajib add on RM10 setiap orang untuk insurans Van Thailand. Jadi total setiap orang ialah RM66.90 sahaja. Berbaloi tak untuk tour 12 jam dan p...