Phi Phi Island adalah salah satu pulau yang paling terkenal di Pantai Andaman Thailand. Phi Phi island terdiri daripada 6 pulau dengan Maya Bay yang terkenal kerana filem "The Beach". Selama bertahun-tahun, ia telah menjadi destinasi impian para pelancong dari seluruh dunia. Jika anda mengambil pakej Phi Phi Island bersama Abang Travel anda dapat menikmati keindahan lautan Phi Phi Island salah satu destinasi yang paling popular di Krabi. Jom kita terokai Phi Phi Island. Maya Bay Maya Bay Anda boleh menikmati beberapa pantai di sini. Seluruh teluk ini adalah satu terumbu besar dan pemandangan di bawah air menampilkan terumbu karang berwarna-warni dan ikan eksotik dalam air yang sangat jernih. Aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan di Maya Bay ialah Snorkeling dan menyelam. Banyak syarikat pelancongan membawa pelancong ke sini untuk snorkeling dari Phuket dan Krabi. Selain itu, anda juga boleh menikmati aktiviti berkayak di sini. Kemudahan di M...