Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

Fenomena "Awan Karpet" di Skywalk Ayerweng , Betong

  " Betong Mongkollit Tunnel " adalah salah satu terowong terbesar dan terpanjang untuk masuk ke Bandar Betong sepanjang 268 meter . Apabila anda berkunjung ke Betong, wajib bergambar disini sebagai kenangan.  Untuk tengok awan karpet di Skywalk Ayerweng Betong, Kami bangun seawal 4 pagi untuk bergerak ke skywalk. Perjalanan yang bengkang bengkok serta berkabus menyebabkan perjalanan mengambil masa 1 jam juga untuk sampai ke sana.        Sebelum bergerak ke Skywalk Betong, kami singgah bergambar di OK Betong dahulu.  Untuk naik keatas skywalk, anda perlu naik tuktuk  @ kereta pickup ni untuk keatas. Parking kenderaan anda dibawah sahaja dan naik kereta ni dengan harga 20 baht/pax sewaktu naik, dan turun 30baht/pax, total 50 baht turun dan naik.  Selepas sampai diatas bukit sana, kami terus tengok pemandangan awan karpet yang teramat cantik. Memang nampak awan tu berketul ketul sebijik, kalau lagi awal sebelum matahari naik, memang lagi cantik...